Sunday, August 2, 2009

so ohh ooohhh oh Why are you so obsessed with me.

go Mariah Carey!

"Hey hey aku x percaya cinta" - Hahahah petikan dari lagu kesukaan Aida Rozani ok, yang didendangkan oleh penyanyi favourite-nya Liyana Jasmay. NOT!

Topik pada malam ini, oh untuk lebih spesifik, pagi ini, ialah orang-orang yang pentingkan diri. Ya mmg ada orang dalam dunia ni yang mendapat kepuasan daripada kesiksaan ataupun penderitaan orang lain. Gila bukan ? Tapi mmg ada orang2 mcm tu yea.

Orang2 mcm ni suka menyusahkan hidup orang disekelilingnya, untuk apa aku xtahu, mungkin sebagai hobi untuk mengisi masa lapang, atau mungkin sebagai kerja sambilan yang x berbayar, ataupun diorang ni mmg tergolong dibawah manusia2 bodoh belaka. Itu bukan masalah kita, tapi mmg kita ada hak untuk risau, sbb akan affect kehidupan harian kita ;)

lalallalalala

Okay highlight minggu ni xde la banyak sgt yg menarik pown. Semalam pergi wedding abang Ayien di Kelab Darul Ehsan, naik Bat Mobil! FUHH terasa gagah perkasa. Haha Bat Mobil tu juga dikenali sebagai Viva Elite kepunyaan Ngokngek. Yeahh kereta baru dia dah dpt. Joli katak puru laa dia lepas ni. Aku akan bakal menjadi penumpang tetap hehehehhee ;p.

Dekat sana jumpa ramai muka2 yang selalu sgt dilihat time di sekolah dulu. Ada seorang dua yang sangat menarik perhatian mata beta. Sebab kecomelan yang terlampau. **identiti sebenar mereka x dapat didedahkan ditakuti perkara seperti kembang ataupun perasan ataupun fitnah semata-mata disebarkan secara berleluasa. Almaklumlah ramai betul pelesit-pelesit ataupun kaki gossip yang bergelimpangan dijalanan zaman sekarang ni. Kita sampai dah xtahu siapa yg patut dipercayai lagi. So sesi mencuci mata dijalankan hanya untuk seketika sahaja yea, sebab ubat cuci mata aku yang sebetulnya ada di rumah tgh tidur mati dari tadi sampai laa sekarang. Aku harap dia tidur tu ada laa selit2 aku jugak dalam mimpi. ^.^

Wohh aku kena buat kiraan budget semula sebab nak beli langsir baru untuk bilik. Objek yang sudah diushar ialah langsir hot pink di Jusco. Arghhh selagi x beli x senang hati dan punggung. And aku nak beli quilt cover set di Ikea bewarna pink juga. Yea yeahh kepada sesiapa yang xtahu tu aku ni mmg gila pink ;D

You're beautifulll....(dekat fly fm) - Yergh menyampah James Blunt. Cuba search video dekat Youtube untuk video parody lagu ni. SUMPAH BODOH. Adik yang tunjuk aku. HAHAHA..

Wohhhh again sebut pasal adik. ADIK DAH ADA BOYF and dia x bgtaw aku personally. Teruk kan? Nak kena sepak dengan aku balik nanti. Dah laa nama boyf mcm nama alien. Nash something something. Mungkinkah ? Nenenenenenenene.. (bunyi sound effect lagu cerita alien).

Nak tgk cerita The Proposal laa.. semalam dah tgk Ghosts of Girlfriend's past. haha best juga laa cerita tuh. Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Hurrmm.. almost pukul 3. Asal aku x boleh tidur niii... teruk.. :(
Okla babai nak try tidur jugak.

Selamat tidur Malaysia.


1 comment:

Anonymous said...

akak br tgk the proposal last nite. kelakarrrr...